Pengalaman Menjaga Kucing Parvo/Hawar

Assalamualaikum

Sekian lama mendiamkan diri saya kembali dengan post baru

Biasa dengaq tak penyakit hawar or parvo ni? Penyakit ni selalunya dia ada musim. Musim yang panas terik tu selalu la ada( atas pandangan saya). Penyakit ni kalau kena sekor , automatik semua akan kena. Tapi tak pa ada cara untuk mengatasinya!!

Bila terkena hawar ni kucing akan
1) Demam
2) Tidak lalu makan
3) Tahi berwarna kuning
4) Mulut busuk
5) Telinga berair (ni kira dah teruk)
6) Sembunyi

Ni cara- cara saya tangani penyakit ni bila kucing saya dah kena

1) Makan
- Saya akan paksa dia makan. Cari makanan yang lembik , senang hancur dan berbau kuat. Ambil makanan tadi letak dalam syringe. Setiap 2 jam bagi 1 syringe. Hasil bacaan saya kucing kena makan kalau tidak hatinya akan rosak.

2) Minum
- Saya akan paksa dia minum sekerap yang mungkin. Selalunya sejam 1 syringe air. Air putih lebih bagus. Jangan bagi air paip. Jika waktu malam saya akan bangun 2-3 jam sekali untuk bagi dia minum. Saya letak minuman dekat dia.

3) Asingkan
- Saya lupa nak habaq. Sepatutnya dia step first sekali. Letak dia dari kucing- kucing yang lain takot berjangkit. Letak la dalam sangkar. Senang awasi.

4) Cuci
- Cuci mengguna detol/ clorox campur air panas tempat yang dia tidur. Kena rajin ya sebab penyakit tu boleh lekat dok situ. Kalau tak cuci macam dia nak sihat cepat. Buat la sehari sekali

5) Minum air kelapa.
- Saya bagi dia minum air kelapa muda sebanyak 2 syringe sehari. Selalunya saya bagi pkul 2 dan pukul 4.

6) Ubat
- Saya dah bawak pergi vet tapi mereka suruh bawak balik. Saya pergi ke kedai pet dan mencari ubat yang ada immune booster. Ubat ni saya bagi 2 jam sekali. Bagi ubat tau untuk bagi lawan penyakit tu.

7) Tawakal dan berdoa
- Kucing boleh faham tau gaya kita cakap. Kita kena bagi dia semangat. Cakap yang dengan dia elok2. Cakap “nanti meow sihat kakak/ibu/mama beli makan sedap2 untuk hg”

8) Selepas dia sihat boleh la amalkan ubat tu or multivitamin.

9) Selepas dia sihat bawak la pergi vet untuk pemeriksaan kesihatan.

Itu sahaja perkongsian saya. Jangan mengalah untuk merawat kucing tau. Insya Allah urusan awak semua akan dipermudahkan. Haa satu lagi bila kucing tu sakit dan capai 5 ke 6 hari maknanya dia dah makin sihat. Teruskan bagi dia ubat. Sebab di berjaya survive slow tau.



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI KUIH CARA SIMPLE